fbpx

Ibu, anak lelaki rakam wanita sedang mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat Polis Wilayah Aichi kelihatan dalam gambar fail yang diambil pada 6 Oktober 2020. -Mainichi/Koji Hyodo

TOKYO  – Seorang wanita dan anak lelakinya ditahan kerana disyaki merakam pelanggan wanita di sebuah kemudahan mandi di Nagoya, Jepun tanpa kebenaran, lapor akhbar The Maniachi.

Penyiasat Balai Polis Moriyama menahan Akinori Seki, 37, dan ibunya, Satomi Seki, 63, kerana melanggar ordinan anti gangguan dengan terlibat dalam voyeurisme.

Voyeurisme ialah amalan mengintai orang lain bertelanjang demi mendapatkan kenikmatan seksual.

Satomi mengakui dakwaan tersebut, manakala Akinori menafikan sebahagiannya.

Dua beranak itu disyaki bersama-sama menceroboh kemudahan itu dan merakam beberapa pelanggan wanita di bilik persalinan dan kawasan mandi menggunakan kamera kecil.

Perbuatan itu didakwa berlaku di Wad Moriyama di Nagoya pada 30 Dis lalu sekitar 7.55 malam (waktu tempatan).

Menurut polis, Satomi ditahan oleh seseorang yang berkaitan dengan kemudahan mandi itu selepas ditangkap ketika sedang merakam.

Polis kemudian menyedari penglibatan anaknya berdasarkan sebahagian daripada maklumat yang diberikannya kepada mereka. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI