fbpx

Bungkusan atas kereta meletup, tukang masak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa dan sisa bahan dipercayai hasil daripada letupan tersebut. FOTO IHSAN PDRM

AMPANG JAYA – Seorang tukang masak meninggal dunia akibat mengalami cedera parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta meletup berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.55 malam.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan mendapati terdapat satu bungkusan yang telah ditinggalkan di atas bonet kereta jenis Toyota Corolla Altis berhampiran restoran tempat mangsa bekerja.

“Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, terus berlaku letupan yang dipercayai daripada bungkusan tersebut,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Ekoran letupan yang berlaku, mangsa berusia 28 tahun mengalami cedera parah pada bahagian badan dan tangan dan segera dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam.

“Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan telah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 malam tadi.

“Siasatan di tempat kejadian juga menemui beberapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemek pada kereta mangsa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI