fbpx

King Laksa Sarawak aktif perluas cawangan baharu tahun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Alya Mona (enam dari kiri) bersama kakitangan di hadapan restoran King Laksa Sarawak.

PETALING JAYA – Rizalya Sdn. Bhd. pemilik jenama King Laksa Sarawak sedang merancang untuk mengembangkan cawangan restorannya di negeri ini termasuk di Sabah dan Lembah Klang secara berperingkat bermula tahun 2023.

Pengasas syarikat, Nur Alya Mona Jikim berkata, cawangan ketiganya nanti akan dibuka di Metro City Matang Kuching bagi memberi pilihan kepada lebih ramai pelanggan menikmati hidangan enak laksa Sarawak yang popular.

Buat masa ini, perniagaan yang mula diasaskan oleh anak jati Sarawak pada tahun 2017 itu memiliki dua buah cawangan restoran di Kota Samarahan dan juga ICOM Square, Kuching.

“Kami bangkit dalam fasa endemik Covid-19 dengan penuh optimis dan membuka cawangan kedua di ICOM Square. Permintaan dan peningkatan jualan juga mendadak naik ketika itu.

“Untuk perancangan tahun depan, kami mahu membuka restoran baharu termasuk di bandar besar di Sarawak. Setiap cawangan juga disasarkan menjana keuntungan RM4 juta setahun.

“Kami juga bercadang untuk membuka cawangan di Sabah dan juga di Semenanjung Malaysia yang mana lokasi yang telah dikenal pasti adalah di Bangsar pada awal tahun 2024,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi melancarkan lagi program pengembangan tersebut,  Nur Alya Mona bercadang untuk meneroka peluang melalui sistem francais atau perlesenan.

Dalam misi meluaskan empayar perniagaannya, syarikat akan terus memberi tumpuan terhadap perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan menerusi Positive Customer Experience Journey

Ia termasuk menyediakan manual operasi perniagaan bagi pasukan kerja dan pengurusan menjalankan aktiviti harian membabitkan pelanggan termasuk maklum balas sebarang ketidak puasan hati pihak mereka.

Anak didik hasil bimbingan daripada mentor terkenal Datuk Azizan Osman ini telah berjaya mencatat pendapatan sehingga RM7 juta tahun ini berbanding hanya sekitar RM300,000 pada peringkat awal perniagaan dibina. 

Syarikat itu kini memiliki seramai 52 kakitangan termasuk di kilang dan ibu pejabat. 

Antara kejayaan Nur Alya Mona dalam bidang ini adalah menerima Anugerah Top SME CEO dan Top 500 Trust Brand Award dan pemenang kategori Promising Brand Food & Beverage, Bumiputera Business Excellent Business. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI