fbpx
Tangkap layar kejadian sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta di Batu Uban, semalam.

Pencuri kabel TM pandu Mazda 6 diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis sedang memburu individu yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel telekomunikasi di Jalan Batu Uban, Gelugor di sini selepas kejadian itu tular di media sosial hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada seorang juruteknik Telekom Malaysia (TM) berusia 41 tahun pada pukul 10.50 pagi.

Menurutnya, pengadu memaklumkan telah menonton satu rakaman video tular berdurasi satu minit 24 saat kira-kira pukul 7 pagi yang memaparkan kegiatan mencuri kabel di tepi Jalan Batu Uban 1.

“Susulan itu, pengadu telah membuat pemeriksaan di lokasi sebelum mendapati kabel telekomunikasi milik TM sepanjang kira-kira 70 meter dipercayai telah dipotong dan dilarikan. Kerugian akibat kejadian tersebut dianggarkan bernilai RM17,000,” katanya di sini, tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan sebuah kenderaan jenis Mazda 6 Hatchback berwarna gelap ketika melakukan kegiatan berkenaan.

Katanya, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dan mengenal pasti individu yang terlibat, termasuk meneliti rakaman video yang tular di media sosial.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang terlibat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta berwarna gelap dikejar beberapa penunggang motosikal selepas kenderaan itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di kawasan berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN