fbpx
Restoran NIZZA menawarkan menu baharu berkonsepkan hidangan Itali yang dapat memenuhi selera pengunjung.

Menu baharu di restoran NIZZA tawar keunikan rasa dari pesisir pantai Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Restoran Itali terkemuka di Sofitel Kuala Lumpur Damansara, NIZZA, memperkenalkan barisan menu baharu yang diberi nafas segar dengan memfokuskan kepada keunikan rasa dari wilayah pesisir pantai Itali.

​Langkah strategik ini menjadi  satu evolusi penting dalam portfolio kulinari NIZZA yang kini memberi penekanan kepada bahan bermusim, seni pertukangan makanan (artisanal) serta penceritaan di sebalik setiap hidangan.

​Inisiatif terbaharu ini diinspirasikan daripada keindahan wilayah Liguria, Tuscany dan Amalfi Coast, yang direka khas untuk membawa pelanggan merasai pengalaman gastronomi terus dari pesisir pantai ke meja makan.

​Menu baharu ini mengetengahkan teknik masakan berasaskan herba, pasta buatan tangan yang disediakan segar setiap hari (seperti ravioli, gnocchi, pappardelle dan fusilli), serta hidangan makanan laut Mediterranean yang segar.

​Pengurus Besar Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Jeffry Tan berkata, pengenalan menu ini merupakan refleksi kepada visi hotel dalam menawarkan hidangan Mediterranean moden yang autentik dan premium.

​”Sentuhan Cef Simone telah membantu kami menghasilkan menu yang ekspresif, halus dan mempunyai hubungan yang mendalam dengan pengenalan asalnya,” katanya dalam satu kenyataan.

​Nadi utama di sebalik transformasi menu ini adalah  Cef Simone Fraternali yang mana beliau yang menerima latihan klasik di Itali mempunyai rekod prestasi yang mengagumkan di beberapa restoran terkemuka dunia, termasuk restoran bertaraf tiga bintang MICHELIN, Ristorante Da Vittorio dan La Tana Gourmet yang berbintang MICHELIN.

​Sebelum ini, beliau turut menempa nama di Singapura menerusi Solo Ristorante yang mendapat pengiktirafan MICHELIN Guide dan Gambero Rosso selama empat tahun berturut-turut.

​Sementara itu, Cef Simone menjelaskan, falsafah masakannya sangat mementingkan kesederhanaan dan ketulenan rasa.

​Bagi memeriahkan pelancaran ini, NIZZA turut memperkenalkan ritual budaya Itali yang dikenali sebagai “La Scarpetta” iaitu tradisi menyapu baki sos terakhir di pinggan menggunakan roti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN