fbpx

Da’i Syed, Hana Ismail romantis, manis bersemut!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN romantis pasangan suami isteri ini membuatkan ramai makan hati dan ‘cemburu’.

SEJAK mendirikan rumah tangga dua minggu lalu, kisah pasangan suami isteri Da’i Syed dengan Hana Ismail kerap muncul dalam media sosial Diva.

Rupa-rupanya kemesraan yang dipaparkan mereka dalam media sosial membuatkan ramai makan hati!

Mana tidaknya, sikap romantis antara satu sama lain melahirkan rasa cemburu dan membuatkan ramai ingin memiliki pasangan seperti mereka.

“Alahai, cemburunya rasa lihat kebahagiaan pengantin baharu ini. Semoga cepat-cepat dikurniakan anak!” komen netizen.

“Memang manis bersemut dan tersenyum seorang diri setiap kali lihat video yang dikongsi Syed ataupun Hana. Lain macam seri pengantin mereka,” kata seorang lagi netizen.

Pun begitu, Diva harap Syed tidaklah bergurau hal-hal sensitif seperti ingin kahwin lain seperti tempoh hari. Bukan semua orang senang dengan perkara tersebut.

DIVA: Comel tengok pasangan suami isteri Lisdawati dan Fauzi Nawawi bersanding sekali lagi kerana ingin perbaharui foto perkahwinan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI