fbpx
Dua mangsa ditemui rentung dalam kebakaran pondok pengawal di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim, malam semalam.

Pondok pengawal terbakar dari dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kebakaran sebuah kontena yang dijadikan pondok pengawal di Taman Bayam Indah, Lunas di sini, semalam, bermula dari dalam pondok tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mayat seorang lelaki dan wanita ditemui rentung di dalam pondok pengawal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, rakaman tersebut juga menunjukkan kebakaran berlaku pada pukul 10.45 malam.

“Siasatan menerusi CCTV mendapati tiada sebarang unsur khianat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan di tempat kejadian menemui sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Pemilik kereta itu telah dihubungi dan mengesahkan kereta tersebut dijual tanpa membuat penukaran nama,” ujarnya.

Menurutnya, pihak forensik bomba juga telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati punca kebakaran adalah dari dalam kontena.

“Beberapa sampel kebakaran diambil oleh pihak bomba untuk dianalisa.

“Sementara pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah mendapati tiada kesan kecederaan berunsurkan jenayah dengan kedua-dua mangsa terbakar 70 peratus,” jelasnya.

Tambahnya, waris gagal mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa dan akan disimpan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar sehingga keputusan DNA diperoleh.

“Hasil bedah siasat mangsa lelaki mendapati punca kematian adalah akibat terhidu asap manakala proses bedah siasat mangsa perempuan akan dilakukan pada esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN