fbpx
Gambar Hiasan

Lelaki mengamuk rosakkan pondok pengawal residensi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas disyaki mengamuk dan merosakkan pondok pengawal sebuah residensi di Bukit Jalil di sini kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di IPD Brickfields pada Ahad lalu.

Menurut beliau, penahanan dibuat bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat yang berlaku pada 23 April lalu.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai bertindak memarahi pengawal keselamatan sebelum memukul palang pintu masuk, memecahkan cermin hadapan pondok pengawal dan merosakkan televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pihak pengurusan residensi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan.

Katanya, suspek telah direman selama dua hari sehingga semalam bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN