fbpx
Tangkap layar video memaparkan seekor buaya bersaiz besar yang dilihat berenang berhampiran Pulau Arang di hadapan Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, semalam.

[VIDEO] Buaya muncul lagi depan jeti penumpang Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Tular video berdurasi 24 saat memaparkan kehadiran seekor buaya yang dilihat berenang berhampiran Pulau Arang di hadapan Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, semalam.

Video yang dimuat naik di media sosial setempat tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa bimbang berikutan kini terlalu kerap buaya sesat di perairan berkenaan.

Malah, kehadiran buaya bersaiz agak besar berhampiran jeti penumpang berkenaan juga mengundang rasa cemas penduduk terhadap keselamatan mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai kejadian tersebut, namun akan menyiasat kejadian tersebut.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN