fbpx

Bapa sebak terkenang arwah anak ketika terima Ijazah Anumerta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd Malek bersama isterinya, Sabariah menunjukkan skol ijazah Anumerta serta gambar arwah anak mereka, Muhammad Nurshamril ketika sidang akhbar selepas upacara Konvekesyen USM Ke-60, di sini hari ini. Foto Iqbal Hamdan

GEORGE TOWN – Hanya linangan air mata dan perasaan sebak mengiringi langkah Abd Malek Abd Samad, 59 dan isterinya, Sabariah Nawi, 53, ketika menerima skol Ijazah Anumerta arwah anak lelakinya dalam Upacara Konvokesyen Ke-60 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Abd Malek menerima skol ijazah berkenaan dalam satu sesi khas mewakili Allahyarham Muhammad Nurshamril,27, yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Setiu, Terengganu.

Menurut Abd. Malek, meskipun hasrat melihat anaknya itu naik ke pentas untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Filem dan Penyiaran) tidak kesampaian dia tetap hadir memandangkan minat anaknya yang mendalam dalam bidang filem.

“Saya berhasrat untuk melihat anak saya menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana di luar negara dalam bidang perfileman namua ia tidak kesampaian.

“Dia seorang anak yang baik dan ilmu-ilmu yang dia mahir dalam bidang filem dan videografi dia sering kongsi bersama rakan yang lain, sudah pasti kehilangannya amat dirasai,” katanya ketika ditemui di USM di sini hari ini.

Abd Malek berkata, Muhammad Nurshamril terlibat dalam nahas jalan raya bersama tiga lagi rakannya ketika menaiki kereta Perodua Alza dan pada masa itu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI