fbpx

Piala Dunia: Deschamps mahu buru rekod peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DESCHAMPS (tengah) percaya pasukannya bakal turun menentang Tunisia tanpa sebarang tekanan selepas meraih dua kemenangan sebelum ini. – AFP

DOHA – Ketua Jurulatih Pe­rancis, Didier Deschamps mempunyai misi peribadi pada aksi terakhir menentang Tunisia bagi peringkat Kumpulan D selepas skuad kendaliannya sudah mengesahkan kemaraan ke pu­singan 16 pasukan terbaik.

Penyandang juara itu berjaya meraih dua kemenangan apabila menewaskan Australia pada perlawanan pertama sebelum merakam kemenangan kedua dengan mengalahkan Denmark untuk mengutip enam mata.

Deschamps yang mula mengemudi Perancis pada 2012 ketika ini sudah meraih 11 kemenangan dalam 14 perlawanan di pentas Piala Dunia sebagai seorang ke­tua jurulatih dengan peratusan kejayaan sebanyak 78.6 peratus.

Kemenangan ke atas Tunisia nanti akan membolehkan Deschamps menyamai rekod yang dipegang oleh bekas pengendali Brazil, Tele Santana dengan 80 peratus kejayaan selepas meraih lapan kemenangan daripada 10 perlawanan.

Perancis ketika ini sedang menikmati enam kemenangan berturut-turut di Piala Dunia dan terpanjang setakat ini, namun belum mengatasi rekod 11 kemenangan Brazil yang terhasil antara 2002 hingga 2006 dan Itali tujuh kemenangan (1934-1938).

Pada perlawanan menentang Tunisia nanti, Perancis bakal turun tanpa sebarang tekanan apabila memerlukan keputusan seri untuk mara dengan status juara kumpulan.

“Ia agak ideal buat kami. Kami sudah memiliki enam mata selepas dua perlawanan dan telahpun layak. Kami akan turun tanpa sebarang tekanan pada aksi terakhir nanti.

“Kami berpeluang untuk mara sebagai juara kumpulan kerana kami juga mempunyai jumlah perbezaan gol yang lebih baik berbanding pasukan lain.

“Objektif pertama untuk layak sudah tercapai. Ia bukan mudah terutama untuk menepati jangkaan banyak pihak. Pasukan ini sangat kuat dan solid, kami mahu terus melakukan perkara hebat selepas ini,” jelas Deschamps.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI