fbpx
SEKUMPULAN kanak-kanak tabika yang menghadiri lawatan di Pangkalan Udara JBPM Wilayah Utara di Bertam, Seberang Perai Utara, hari ini.

Pasukan bomba mantapkan program bersama komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sentiasa memantapkan program melibatkan komuniti bagi memastikan masyarakat mendapat pendedahan sewajarnya berhubung peranan pasukan itu dalam menjaga keselamatan rakyat negara ini.

Penguasa Kanan Bomba I, Faizal Izani Azizan berkata, tugas dan peranan JBPM semakin meluas serta mencabar malah setiap anggota sentiasa perlu bersiap sedia berdepan dengan sebarang cabaran.

“Antara aktiviti yang kita lakukan antaranya penganjuran program lawatan bagi mendedahkan golongan muda dengan kerja memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.

“Kita turut menjalankan demonstrasi operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran menggunakan tiga unit helikopter di mana dua daripadanya dibawa khas dari Pangkalan Udara JBPM Wilayah Tengah di Subang,” katanya selepas melawat Pangkalan Udara JBPM Wilayah Utara, Bertam di sini hari ini.

Hampir 2,000 pelajar menyertai program itu yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini.

Sementara itu, seorang peserta, Nur Amani Abdullah,18, berkata, beliau amat teruja melihat kecekapan anggota bomba menjalankan operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran menggunakan helikopter.

“Sebelum ini kita hanya tahu bomba padam api, menyelamatkan mangsa banjir dan kebanyakannya meliputi tugas ‘on the ground’. Ternyata mereka memiliki kemahiran dan kecekapan ditambah lagi dengan aset udara moden bagi memudahkan operasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR