fbpx

Amaran hujan berterusan di beberapa negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dari 3 hingga 4 Disember ini.

Amaran hujan berterusan turut dikeluarkan di Terengganu dan beberapa kawasan di Perak, Kelantan serta Pahang dari 1 hingga 3 Disember 2022.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Hulu Perak. Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Pahang di Jerantut, Kuantan dan Pekan dalam tempoh Khamis, 1 Disember 2022 sehingga Sabtu, 3 Disember 2022,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, hujan berterusan turut dijangka berlaku di Sabah esok melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI