fbpx
Jumlah gaji memainkan peranan besar dalam keputusan pekerja untuk memilih peluang lain. - betterup

70 peratus pekerja tidak berpuas hati dengan gaji diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Satu tinjauan terbaharu mendapati hanya 32 peratus pekerja di seluruh dunia berpuas hati dengan gaji semasa mereka yang diterima, lapor laman berita Wion News semalam.

Tinjauan yang dijalankan oleh firma perunding, Gather Inc menunjukkan bahawa perasaan tidak berpuas hati dalam kalangan pekerja timbul akibat kekurangan kepercayaan terhadap majikan mereka.

Semasa menjalankan tinjauan, syarikat itu mendapatkan penjelasan daripada 3,500 pekerja daripada pelbagai bidang pekerjaan.

Antara sebab utama di sebalik kurang kepercayaan itu termasuk budaya toksik, keterangkuman yang lemah, keseimbangan kerja dengan hidup yang tidak mencukupi serta pengalaman dilayan secara tidak adil.

Tinjauan itu dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti punca utama di sebalik peningkatan peletakan jawatan selepas pandemik Covid-19.

Fenomena yang diberi nama ‘Peletakan Jawatan Besar-Besaran’ itu berlaku di hampir semua syarikat utama dalam pelbagai sektor. 

Penyelidik mendapati bahawa jumlah gaji memainkan peranan besar dalam keputusan pekerja memilih peluang lain. Ia jelas dilihat berdasarkan data perundingan gaji yang dikaji dalam tinjauan itu.

“Persepsi pekerja terhadap pemerolehan gaji tidak mempengaruhi pampasan. Sebaliknya, pemacu utama persepsi ialah kepercayaan dalam organisasi. 

“Apabila pekerja tidak mempercayai majikan, mereka tidak percaya gaji diberikan adil atau saksama,” kata Ketua Kanan bahagian Sumber Manusia Gather Inc, Tony Guadagni.

Bagaimanapun, tinjauan itu juga mengatakan bahawa persepsi umum tidak selari dengan realiti. 

Data rasmi menunjukkan bahawa syarikat-syarikat telah berusaha untuk menutup jurang gaji. Menurut tinjauan itu, lapan daripada 10 organisasi menjalankan audit ekuiti gaji tahunan untuk memahami situasi dengan lebih baik pada 2022. – Agensi

POPULAR