fbpx
JIN WEI (kanan) melakar kejutan dengan menewaskan Busanan di pusingan pertama hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Jin Wei buat kejutan, singkir pilihan keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei mempamerkan aksi cemerlang ketika meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters.

Pada pusingan pertama di Unifi Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, bekas juara remaja dunia itu menewaskan pilihan keempat dari Thailand, Busanan Ongbamrungphan 21-6, 16-21, 21-10.

Jin Wei berkata, lawannya mungkin berada dalam tekanan sehingga membantunya untuk mencatat kemenangan mudah di set pertama.

“Set pertama, saya rasa dia (Busanan) ada berdepan tekanan sehingga melakukan banyak kesilapan mudah tetapi dia kembali mendapatkan rentak di set kedua.

“Memasuki set ketiga, saya hanya cuba memberi keyakinan kepada diri sendiri untuk mendapatkan mata demi mata,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Menjelang pusingan kedua esok, pemain No.55 dunia itu sekali lagi perlu berdepan cabaran sukar apabila dijadualkan bertemu jaguh India, P.V. Sindhu.

Turut meneruskan kemaraan pada kejohanan tersebut adalah K. Letshanaa yang mencatat kemenangan 21-13, 19-21, 21-15 ke atas pemain Denmark, Amalie Schulz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN