fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lembu itu berkeliaran di anjung sebuah rumah pada waktu malam. - TikTok

Belum raya korban, lembu ‘jenguk’ rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah keluarga di Indonesia terkejut apabila seekor lembu gergasi memasuki rumah mereka selepas melarikan diri dari kandangnya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsi di platform TikTok oleh akaun @akuratco menunjukkan lembu itu berkeliaran di anjung rumah bersama tali pada lehernya. 

Haiwan tersebut tiba-tiba bersikap agresif dan berlari dalam ketakutan selepas mendengar jeritan daripada penghuni rumah. 

Ia kemudian melarikan diri. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 279,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Lembu datang lebih awal untuk persiapan ibadah korban,” kata seorang netizen. 

“Ini namanya rezeki,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN