fbpx
Tangkap layar rakaman video tular pergaduhan itu.

Kumpulan remaja tular gaduh luar pagar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Suasana di luar sebuah sekolah di Pandamaran di sini, kecoh apabila sekumpulan remaja bergaduh yang tular di media sosial hari ini.

Rakaman berdurasi 26 saat itu memaparkan beberapa individu menumbuk dan menendang antara satu sama lain dengan kehadiran beberapa remaja lain yang turut menyaksikannya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, beliau mengesahkan laporan mengenai kejadian itu.

“Setakat ini saya sahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Ia (kes) masih dalam tindakan pasukan termasuk pengesahan lanjut mengenainya,” katanya ringkas petang ini.

Terdahulu, pihaknya melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM636,950 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, yang melibatkan aktiviti kontraban, perjudian, barang kes am dan perlombongan Bitcoin haram.

Pelupusan itu meliputi 16,869 barang kes kontraban, 899 unit (perjudian), 626 unit (Bitcoin) dan 162 unit (kes am) yang selesai proses mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN