fbpx

Dua lagi pemain tarik diri sertai Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMBERT menjadi pemain terbaharu yang tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya atas alasan peribadi.

DUA pemain Kuala Lumpur City, Declan Lambert dan Akram Mahinan menjadi dua pemain terbaharu yang tidak dapat menyertai latihan pusat Harimau Malaya yang bermula hari ini.

Ini bermakna, hanya 17 pemain hadir melaporkan diri pada hari pertama latihan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengesahkan sudah menerima surat daripada KL City yang memohon pelepasan buat Akram dan Lambert kerana kedua-duanya ada urusan peribadi.

“Hanya 17 pemain yang tiba dan kami akan dapat mengumpulkan senarai penuh pada Isnin ini. Saya berada di Malaysia, jadi saya kena terima situasi ini dan saya akan cuba sehabis baik,” kata pengendali negara, Kim Pan Gon.

Sebelum ini, 11 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Nor Azam Azih (Sri Pahang) juga tidak dapat sertai kem latihan negara atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kecederaan.

Sebelas pemain JDT itu adalah Shahrul Saad, La’vere Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanapi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad, Afiq Fazail, Syahmi Safari, Shio Hong Wan dan Natxo Insa.

Harimau Malaya akan turun beraksi dalam persahabatan antarabangsa menentang Kemboja pada 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan bertemu Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selang lima hari kemudian.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, perkembangan itu tidak beri kesan besar kepada persiapan pasukan.

“Dengan ketiadaan Akram dan Declan, skuad Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain lain termasuk seorang pemain dari senarai bersedia iaitu pertahanan kiri Selangor FC, Fazly Mazlan.

“Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim (akan lapor diri) pada 6 Disember selepas selesai kem latihan pusat bersama skuad B-23 dan pemain FK Jablonec, Dion Cools pada 16 Disember,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI