fbpx

Lima lelaki terselamat, empat kilang hampir musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api marak membakar empat unit bangunan dalam kebakaran kilang di Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puchong Jaya, malam tadi.

PUCHONG – Lima mangsa terselamat selepas empat unit bangunan terletak bersebelahan terbakar dalam kejadian di Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puchong Jaya, di sini, malam tadi.

Empat unit bangunan itu melibatkan sebuah kilang santan yang terbakar 70 peratus, sebuah syarikat industri mesin, sebuah kilang pembekal acuan serta sebuah lagi kilang lampu yang terbakar 60 peratus.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.20 malam tadi dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian.

Jelasnya, seramai 29 anggota dan tujuh jentera bergegas ke lokasi terdiri daripada anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang, dan BBP Seksyen 7.

“Laporan mendapati, kebakaran melibatkan sebuah kilang bangunan dan sebanyak empat unit lot semi-D terbakar 70 peratus di bahagian pejabat.

“Ketika operasi pemadaman dijalankan, lima mangsa lelaki berjaya diselamatkan di bangunan bersebelahan kilang yang terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, api berjaya dikawal pada pada pukul 3.28 pagi selepas usaha pemadaman kebakaran dilakukan.

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan, manakala kesemua mangsa yang berusia lingkungan 14 hingga 44 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI