fbpx

Piala Dunia: Jerman terpaksa harapkan magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN tidak mempunyai pilihan kecuali perlu menewaskan Sepanyol untuk kembali membuka peluang meneruskan kemaraan. – AFP

DOHA – Bintang legenda Jerman, Jurgen Klinsmann percaya bahawa pasukan negaranya memerlukan keajaiban untuk terus kekal bersaing pada kempen Piala Dunia Qatar 2022 selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada Jepun sebelum ini.

Juara empat kali Piala Dunia itu bakal turun dengan tugas yang getir apabila perlu menentang Sepanyol yang berada pada tahap keyakinan tertinggi selepas membelasah Costa Rica 7-0 pada aksi pembukaan lalu.

Pada edisi empat tahun lalu di Rusia, Jerman telah mempamerkan aksi longlai apabila tersingkir di peringkat kumpulan dan kini skuad kendalian Hansi Flick itu berdepan risiko yang sama sekiranya gagal untuk meraih kemenangan pada aksi kedua itu awal pagi esok.

“Sudah tentu kekalahan kepada Jepun tempoh hari membuatkan kami sangat kecewa. Ke­seluruhan aksi yang dipamerkan oleh pemain tidak begitu baik, ia bukanlah suatu yang kami harapkan selepas apa yang berlaku di Rusia.

“Kami berharap pasukan mampu mempamerkan sema­ngat juang yang tinggi dan bermain dengan tempo yang baik, bertenaga biarpun jika kami ke­tinggalan pada perlawanan itu nanti,” kata Klinsmann.

Tambahnya, beliau sangat mengharapkan para pemain Jerman tidak mudah berpuas hati dengan jaringan yang mereka peroleh dan menunjukkan keinginan untuk sentiasa mendapatkan gol.

“Mereka sangat teruja dengan gol pertama dan fikir mampu pulang dengan mata penuh ketika menentang Jepun, namun a­khirnya mereka dihukum. Jepun beraksi kurang baik pada babak pertama, tetapi mereka mengubahnya, tampil lebih bertenaga dan layak menang.

“Ketika ini Jerman terpaksa mendaki tembok yang sangat tinggi. Jika kami tidak turun de­ngan semangat berbeza dan me­lakukan aksi magis, kami mungkin akan pulang awal sekali lagi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI