WIRTZ (kiri) meledak satu gol ketika membantu Jerman mencatat kemenangan ke atas Serbia sekali gus membuka semula laluan mereka ke suku akhir. - AFP

NL: Peluang Jerman kembali terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELGRADE – Jerman mendapat talian hayat untuk terus memburu slot ke suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas membenam Serbia 3-1 pada aksi Liga A2 di Stadium Rajko Mitic awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad Die Mannschaft memastikan tiga mata penting menjadi milik mereka selepas meledak tiga gol menerusi jaringan Florian Wirtz, Brajan Gruda serta gol sendiri Srdan Babic.

Ketua Jurulatih Jerman, Jurgen Klopp gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan meskipun beliau mengakui mereka mampu untuk memenangi perlawanan tersebut dengan jumlah jaringan lebih besar.

“Semua pemain mempamerkan corak permainan yang sangat menakjubkan dan kita perlu menerima hakikat bahawa Jerman sudah semakin baik. Kami patut menjaringkan lebih banyak gol tetapi itu tidak membimbangkan saya.

“Pasukan ini masih berada dalam proses pembangunan, jadi kita tidak boleh bercakap mengenai kemenangan besar secara serentak. Buat masa sekarang, saya hanya fokus kepada corak permainan pasukan,” katanya.

Walaupun membawa pulang tiga mata, namun Jerman masih belum selamat apabila sekadar menghuni tangga ketiga ketika ini di belakang pendahulu, Belanda dan pasukan tangga kedua, Greece.

Jerman perlu memastikan mereka mencatat kemenangan ke atas Belanda selain mengharapkan Greece gagal menewaskan Serbia pada aksi terakhir peringkat kumpulan bagi melangkah ke suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN