PENUNJUK perasaan daripada pelbagai kumpulan memegang sepanduk ketika berarak melalui Edinburgh semalam, dalam satu protes membantah pembinaan pusat data dan perkembangan AI. - AFP

Penduduk Scotland berhimpun bantah pembinaan pusat data AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EDINBURGH – Ribuan penduduk berhimpun di ibu kota Scotland bagi membantah cadangan pembinaan pusat data kecerdasan buatan (AI) berskala besar, lapor stesen penyiaran BBC.

Penunjuk perasaan yang membawa pelbagai sepanduk, dengan sebahagian daripadanya memakai kostum, mula berkumpul di bahagian atas Royal Mile sebelum berarak menuju ke bangunan Parlimen Scotland.

Perhimpunan itu diadakan susulan perdebatan meluas mengenai kesan pusat data terhadap alam sekitar dan merupakan sebahagian daripada gelombang protes yang turut melanda beberapa negara lain di Eropah.

Kerajaan Scotland memaklumkan pihaknya bakal menerbitkan garis panduan perancangan baharu berkaitan pusat data dalam masa terdekat, selain sedang merangka strategi bagi memaksimumkan ‘manfaat awam’ daripada sektor berkenaan.

Terdahulu, Menteri Inovasi Scotland, Alyn Smith menyifatkan pusat data sebagai ‘gudang wiski bagi sektor AI’, merujuk kepada kepentingan ekonomi industri itu kepada negara berkenaan.

Bagaimanapun, para penunjuk perasaan menolak kenyataan tersebut dengan membawa slogan seperti ‘Pusat data AI mengancam kemanusiaan’ dan ‘Pusat data AI: merosakkan Bumi’.

Sebahagian peserta himpunan hadir bagi menyuarakan bantahan khusus terhadap projek pusat data yang dirancang di kawasan komuniti mereka, termasuk di Cockenzie, East Lothian, dan Larbert, Falkirk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN