fbpx

Pakai jersi bola Korea Selatan, Jungkook gembirakan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNGKOOK

TIDAK cukup membanggakan negara apabila dipilih menyanyikan lagu rasmi berjudul, Dreamer semasa acara pembukaan FIFA World Cup Qatar 2022, penyanyi Jungkook sekali lagi menghadiahkan kegembiraan buat peminat.

Dia mencuri hati ramai apabila pulang ke tanah air dengan memakai jersi pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan.

Menerusi video yang dikongsikan dalam Twitter, Jungkook berbangga membuka zip jaket hitam menunjukkan jersi pasukan bola sepak kebangsaan berwarna merah yang dipakai sepanjang penerbangan.

Lebih comel, penyanyi berusia 25 tahun itu sempat melakukan aksi seolah-olah sedang menyepak bola diikuti dengan sorakan peminat di lapangan terbang.

Usai persembahan di Stadium Al Bayt tempoh hari, Jungkook sempat mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan bola sepak negara yang akan bersaing dalam Piala Dunia Qatar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI