fbpx

Muar tenggelam 2050 – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq meninjau keadaan mangsa banjir ketika lawatan di Kampung Parit Kedondong, Muar pagi tadi.

MUAR – Ramalan mengatakan daerah Muar antara kawasan yang bakal tenggelam pada tahun 2050 bukan isu kecil dan ia perlu diberikan perhatian semua pihak.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ketika ini kejadian banjir mudah berlaku di beberapa kawasan khususnya di lokasi berhampiran persisir pantai.

“Semalam, saya terima laporan banjir di sekitar kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang yang mana menyebaban beberapa rumah dan kedai rosak.

“Banjir ini berlaku ekoran hakisan pantai yang semakin lama semakin besar dan ini jugalah antara menyebabkan daerah Muar diramal tenggelam menjelang tahun 2050,” katanya ketika mengadakan lawatan ke kediaman mangsa banjir hari ini.

Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, sehingga kini, pihaknya telah menyalurkan bantuan bernilai RM2 juta bagi membantu mangsa banjir.

“Langkah segera harus diambil dan jangan berlengah kerana ini melibatkan nyawa penduduk.

“Saya mencadangkan agar pihak berkuasa dan kerajaan berpadu tenaga mencari jalan penyelesaian selain meluluskan peruntukan bantuan yang lebih tinggi demi kebajikan rakyat Muar,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya masih menunggu baki peruntukan RM6 juta bertujuan membantu mangsa banjir.

“Untuk langkah awal, saya selaku wakil rakyat telah membantu menyediakan pek bantuan banjir, baucar elektronik serta aktiviti mencuci dan membersihkan kediaman mangsa banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI