fbpx

Pembunuhan kanak-kanak di Iran perlu dihentikan – UNICEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan Iran turun ke jalan di Tehran semasa protes pada 21 September lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bimbang mengenai laporan kanak-kanak yang dibunuh, cedera dan ditahan di Iran, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, UNICEF menggesa kematian kanak-kanak yang dilaporkan dalam protes antikerajaan Iran perlu dihentikan.

“Dianggarkan hampir 50 kanak-kanak kehilangan nyawa mereka dalam pergolakan awam di Iran,” kata UNICEF dalam kenyataan sama. Laporan itu dikeluarkan ketika pergolakan di Iran berterusan selama lebih dua bulan.

Penunjuk perasaan dan kumpulan aktivis menyeru UNICEF, Amnesty International (AI) dan organisasi hak asasi manusia lain untuk mengambil tindakan ke atas pelanggaran hak asasi manusia dan jenayah terhadap kanak-kanak di Iran. 

Ramai penunjuk perasaan merasakan suara mereka tidak didengari.

“Mereka berkata, hei Republik Islam, apa yang kalian lakukan adalah buruk. Semua orang tahu ia buruk, tetapi kita perlu melakukan tindakan sebenar. 

“Lakukan sesuatu. Saya tidak tahu. Saya percaya mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan daripada kita,” kata seorang penunjuk perasaan di Iran kepada CNN.

Kenyataan UNICEF turut memetik kematian seorang budak lelaki bernama Kian Pirfalak iaitu salah seorang daripada tujuh orang yang terbunuh dalam protes di bandar Izeh pada Rabu lalu.

UNICEF melaporkan bahawa Pirfalak berusia 10 tahun, manakala media negara Iran melaporkan usianya sembilan tahun.

Mangsa dalam perjalanan menaiki kereta bersama keluarganya apabila ditembak mati, manakala bapanya cedera akibat terkena tembakan, kata ibunya kepada media kerajaan dalam satu temu buat bersama agensi berita Tasnim, kelmarin.

Menurut agensi berita ISNA, penunjuk perasaan membakar institut pengajian tinggi pada masa sama ketika orang ramai ditembak dan dibunuh di Izeh dalam apa yang dipanggil media kerajaan sebagai ‘serangan pengganas’.

Iran berdepan penentangan  terbesar dalam sejarah ekoran kematian Mahsa Amini, 22, yang ditahan polis moral kerana tidak memakai hijab dengan betul

Sekurang-kurangnya 378 orang  terbunuh sejak demonstrasi bermula. Pertubuhan Hak Asasi Manusia Iran menerbitkan anggaran jumlah kematian itu, termasuk 47 kanak-kanak yang dibunuh oleh pasukan keselamatan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI