fbpx
Tangkap layar memaparkan wanita yang mengambil wang milik orang lain selepas mesin ATM dikatakan error di stesen minyak Bukit Jelutong, baru-baru ini.

Duit ATM rosak dipulangkan tanpa bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang wanita yang tular mengambil wang milik seorang wanita selepas mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bermasalah baru-baru ini telah memulangkan semula wang berkenaan.

Wang berkenaan dikembalikan menerusi perantaraan pekerja stesen minyak di Bukit Jelutong yang merupakan lokasi kejadian.

Rakan mangsa mahu dikenali Fira, 37, berkata, kakak wanita tersebut telah memberikan sejumlah wang kepada pekerja stesen tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi pada Selasa lalu untuk diserahkan kepada rakannya dikenali Zaatul, 37.

Fira bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang yang dipulangkan tersebut.

“Kakak wanita tersebut juga meminta pekerja stesen tersebut menghubungi kami bagi mengambil wang tersebut pada hari yang sama.

“Justeru, menerusi penyerahan semula wang berkenaan kami beranggapan kes tersebut telah selesai dan tidak akan melanjutkan proses untuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Fira juga berharap orang ramai tidak lagi menyiarkan atau berkongsi pautan berhubung rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu.

Kosmo! Online pada 12 November lalu melaporkan wang milik seorang wanita dikebas orang lain gara-gara mesin pengeluaran wang automatik (ATM) digunakannya mengalami masalah.

Kejadian itu berlaku apabila seorang wanita mahu mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin itu namun terpapar ‘error’ di skrin mesin tersebut sebelum beredar.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan menerusi sistem perbankan dalam telefon pintar mendapati transaksi dilakukan berjaya dengan seorang wanita di belakangnya semasa kejadian telah mengambil wang itu. -KOSMO!ONLINE

POPULAR