fbpx

PRU15: Zainol Fadzi calon MB Perak – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (tengah) bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto PN Perak di Meru Raya, Ipoh hari ini. - FOTO/ ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai calon Menteri Besar Perak jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada 19 November ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pelantikan itu perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terlebih dahulu.

“Saya tidak boleh mendahului Sultan Perak, (memang) kita cakap kita akan bagi senarai tapi adalah jelas Zainol (Zainol Fadzi).

“Kita menghormati kuasa sultan memilih (Menteri Besar),” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Manifesto PN Perak bagi PRU15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Faizal berkata, PN Perak mempunyai cukup pemimpin yang layak dan berpengalaman untuk menerajui kerajaan negeri selepas PRU15.

“Saya selaku pengerusi tidak bertanding di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) tetapi kita ada Razman (Timbalan Pengerusi PN Perak) dan Zainol Fadzi.

“Mereka ini mempunyai pengalaman dalam kerajaan negeri dan bukan wakil rakyat penggal pertama sebaliknya ada banyak pengalaman malah jauh lebih berpengalaman daripada saya,” ujarnya.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, PN Perak menghormati prerogatif Sultan Perak dalam memperkenan calon Menteri Besar Perak.

Katanya, biarpun namanya antara yang disenarai sebagai calon Menteri Besar Perak, keputusan memperkenankan lantikan merupakan bidang kuasa Sultan Perak.

Menurutnya, menamakan calon-calon menteri besar merupakan prosedur biasa parti-parti bertanding. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI