fbpx

Kain logo parti politik jadi pentas catwalk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pemuda menggayakan busana rekaannya menggunakan bendera parti politik.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memperagakan busana hasil rekaannya yang menggunakan kain bendera parti politik telah meraih perhatian orang ramai.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @wafieyneedu yang dipercayai seorang pereka fesyen amatur di negeri Kelantan memaparkan aksinya menggayakan busana menggunakan bendera beberapa parti politik.

Video tersebut telah tular dan kebanyakan orang ramai menyifatkan pemuda tersebut sangat kreatif dan bakatnya patut diketengahkan dalam industri fesyen tanah air.

“Nampak macam lawak tetapi karya ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dilaksanakan, hendak jahit semua itu bukan mudah,” komen seorang pengguna TikTok.

“Kau menang abang, memang kreatif sungguh, inilah orang kata salah satu cara memeriahkan musim pilihan raya,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Bakat abang ini perlu diketengahkan ke industri, nampak betul-betul berbakat dia buat semua busana ini, andai kata ada rezeki nanti sila teruskan usaha anda,” tulis pengguna TikTok itu.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang ingin membuat tempahan baju dengan pemuda tersebut untuk hari raya nanti dek kerana terpegun dengan kemahiran pemuda asal Kelantan itu.

“Abang ada buka tempahan ke? Saya nak buat baju kami sekeluarga untuk hari raya nanti,” tulis pengguna TikTok itu.

“Sila beratur ye, saya yang pertama akan buat tempahan, orang lain sila isi nama terlebih dahulu, mesti tidak putus-putus tempahan baju abang ni dapat nanti,” tulis pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 1 juta tontonan, 72,800 tanda suka dengan 7888 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI