fbpx

PRU15: Debat calon Parlimen Muar terpaksa dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTER memaparkan pembatalan Debat Polisi membabitkan kesemua calon Parlimen Muar yang sepatutnya dijadualkan malam ini.

MUAR – Debat Polisi membabitkan tiga calon Parlimen Muar yang dijadualkan pada malam ini terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Pengarah Jelajah Demokrasi, Ashraff Fahmy berkata, program yang baharu sahaja dirangka semalam hanya menerima maklum balas daripada penyandang Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Manakala calon daripada Perikatan Nasional (PN) memaklumkan hari ini beliau tidak dapat hadir dan calon Barisan Nasional (BN) pula tidak memberikan sebarang jawapan.

“Atas saranan pihak berwajib selain mengambil kita kesejahteraan awam, dukacita kami tidak dapat dapat meneruskan agenda ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Sementara itu, kegagalan dua lagi calon masing-masing daripada BN dan PN adalah atas faktor kelewatan menerima undangan berikutan kedua-dua mereka telah terikat dengan program yang disusun sejak awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI