fbpx

Perancis sulit, Deschamps perlu bijak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARIM BENZEMA

PERANCIS hadir ke Piala Dunia 2022 di Qatar dengan beban berat untuk mempertahankan kejuaraan ekoran berdepan kemelut selepas kehilangan beberapa tonggak utama yang membantu mereka muncul juara pada edisi 2018.

Selepas kehilangan khidmat Paul Pogba and N’Golo Kante ekoran kecederaan, Les Bleus bakal mempertaruhkan ‘enjin’ baharu dengan Aurelien Tchoua­meni, Adrien Rabiot, Matteo Guendouzi dan Youssouf Fofana untuk merencana kekuatan pa­sukan.

Bagaimanapun, Perancis mung­­kin bertuah kerana memiliki senarai yang lebih ramai untuk di­pilih oleh Didier Deschamps dan pe­ngendali itu sudah beri baya­ngan bakal membuat perubahan formasi 4-3-1-2 berbanding 3-4-1-2 seperti digunakan pada kempen Euro 2020.

Ketika Kylian Mbappe sedang dipalit isu luar padang yang me­nyaksikannya berhasrat me­ninggalkan Paris Saint-Germain, bintang muda itu semakin me­nunjukkan peningkatan sejak 18 bulan lalu dan perkembangan ini beri nilai tambah kepada kualiti Perancis.

Seorang lagi tonggak di jentera serangan, Karim Benzema pastinya sedang berada pada motivasi terbaik memandangkan bintang Real Madrid itu masih segar dengan kejayaan dinobatkan sebagai pe­nerima Anugerah Ballon d’Or.

Walaupun hilang bintang utama di bahagian tengah, kehadiran Antoine Griezmann, Kingsley Coman, Ousmane Dembele dan Christopher Nkunku juga bakal menjadikan Perancis antara pasukan yang memiliki serangan paling digeruni, namun Deschamps perlu bijak merencanakan sesuatu yang luar biasa.

 

PROFIL PERANCIS

PASUKAN: Perancis
GELARAN: Les Bleus
KETUA JURULATIH: Didier Deschamps
KAPTEN: Hugo Lloris
RANKING FIFA: No. 4 dunia
PENYERTAAN PIALA DUNIA: 1930, 1934, 1938, 1954, 1958, 1966, 1978, 1982,1998, 2002, 2006, 2010, 2014, 2018

PENCAPAIAN TERBAIK: Juara (1998, 2018)
RAMALAN PIALA DUNIA 2022: Separuh akhir

SENARAI 25 PEMAIN

Penjaga gol

Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Alphonse Areola (West Ham)
Steve Mandanda (Rennes)

Pertahanan

Benjamin Pavard (Bayern Munich)
Presnel Kimpembe (PSG)
Jules Kounde (Barcelona)
Ibrahima Konate (Liverpool)
Dayot Upamecano (Bayern Munich)
Raphael Varane (Manchester United)
William Saliba (Arsenal)
Lucas Hernandez (Bayern Munich)
Theo Hernandez (AC Milan)

Tengah

Adrien Rabiot (Juventus)
Aurelien Tchoumeni (Real Madrid)
Eduardo Camavinga (Real Madrid)
Youssouf Fofana (Monaco)
Matteo Guendouzi (Marseille)
Jordan Veretout (OM)

Penyerang

Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
Karim Benzema (Real Madrid)
Olivier Giroud (AC Milan)
Antoine Griezmann (Atletico)
Kingsley Coman (Bayern)
Ousmane Dembele (Barcelona)
Christopher Nkunku (RB Leipzig)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI