fbpx

Permit ‘walkabout’ hanya perlu mohon sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Calon atau pihak parti yang berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu membuat permohonan sekali sahaja untuk mendapatkan permit bagi aktiviti ‘walkabout’.

Pengarah Op PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, permohonan itu dibuat untuk keseluruhan tempoh berkempen dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana calon bertanding.

“Jika kawasan ditandingi melibatkan dua atau lebih daerah, maka permohonan perlu dikemukakan di salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan.

“Keperluan permohonan permit ini bagi membolehkan PDRM mengambil langkah memastikan calon-calon dapat menjalankan aktiviti kempen dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hazani, sepertimana ketetapan di bawah Subseksyen 24B(3) Akta 5 (kempen pilihan raya dan batasan mengenainya), calon-calon perlu mengemukakan permohonan permit setiap kali mengadakan aktiviti perjumpaan awam terbuka.

Katanya, ini termasuk perhimpunan awam terbuka, pertunjukan awam terbuka, hiburan awam terbuka atau memberikan ucapan awam atau syarahan terbuka semasa pilihan raya.

“Calon-calon yang bertanding hendaklah mengambil langkah bagi memastikan pertembungan dielakkan dan tiada provokasi lisan atau fizikal timbul semasa program ‘walkabout’ dijalankan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI