fbpx

14 hari berlalu tanpa sebarang jawapan Nafuzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAFUZI masih mengunci mulut mengenai status kontrak yang ditawarkan oleh TFC atau sedia meninggalkan skuad gergasi Pantai Timur itu.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain terus berteka-teki berhubung tawaran lanjutan kontrak daripada pasukan itu bagi musim depan.

Jurulatih berusia 44 tahun itu enggan memberi jawapan jitu sama ada kekal membimbing TFC atau menamatkan kontraknya sehingga hujung bulan ini sahaja.

Sebaliknya, beliau mahu fokus mempersiapkan pasukan kendaliannya menghadapi suku akhir kedua Piala Malaysia di laman sendiri pada malam esok.

“Buat masa ini, saya cuma fikirkan pertemuan dengan KL City FC. Saya akan buat keputusan selepas tamat saingan Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC pada 25 Oktober lalu bersetuju menawarkan lanjutan kontrak setahun kepada Nafuzi susulan prestasi cemerlang pasukan itu pada musim ini.

Jurulatih kelahiran Kelantan itu diberikan masa 14 hari yang sepatutnya berakhir hari ini untuk memberi jawapan.

Difahamkan Mohd. Nafuzi telah menerima surat tawaran itu daripada pengurusanTFC pada 29 Oktober lalu.

Ketika ini, khabar angin bertiup kencang mengaitkan Nafuzi bakal beralih angin mengendalikan Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Aidil Shahrin Sahak.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab. Rasid Jusoh, ketika dihubungi turut enggan memberikan sebarang komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI