fbpx

Sorok ketamin dalam penguli doh roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang kes yang dirampas.

BALIK PULAU – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran ketamin yang ditemui disorok di dalam tempat penguli doh roti dengan nilai RM160,000 di sebuah syarikat penghantaran di Bayan Lepas di sini, Jumaat lalu.

Operasi yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 7 pagi itu turut menahan seorang pemuda tempatan berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil pemeriksaan dan serbuan dengan dipandu arah suspek terbabit telah menemui bahan terlarang itu dengan anggaran berat 2,928 gram di dalam 11 unit penguli (pastry rolling) berwarna merah dan hijau.

Menurutnya, berdasarkan risikan, bekalan ketamin tersebut akan dihantar ke luar negara melalui syarikat penghantaran.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah. Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.

“Turut disita adalah sebuah motosikal jenis CF250 bernilai RM12,000 dean sebuah kereta jenis Proton Persona bernilai RM15,000. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM187,000,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, anggaran dadah ketamin yang dirampas itu juga mampu dibekalkan kepada 4,000 orang penagih.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga 10 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI