fbpx
ANWAR ketika berucap pada program ceramah umum Pakatan Harapan ‘Keadilan untuk bangsa Johor di Bukit Bakri, Johor hari ini.

Bawa anak di Singapura balik mengundi, beri PH peluang tadbir Johor – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor yang bekerja dan menetap di Singapura supaya pulang mengundi pada pilihan raya akan datang bagi memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) meneruskan agenda pembangunan negeri.

Beliau berkata, setiap undi amat penting bagi memastikan pelbagai projek pembangunan yang dirancang kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat diteruskan demi manfaat rakyat.

Menurutnya, pengorbanan meluangkan sedikit masa untuk pulang mengundi tidak seharusnya dianggap sebagai beban kerana keputusan pilihan raya akan menentukan hala tuju masa depan Johor.

“Every vote counts. Jangan pandang ringan. Apa sangat sacrifice masa. Bawa balik anak di Singapura (untuk) mengundi,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Umum Pakatan Harapan ‘Keadilan untuk Bangsa Johor’ di Bukit Bakri, di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau sentiasa berusaha memastikan Johor terus menerima pelbagai projek pembangunan strategik yang mampu merangsang ekonomi negeri dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Katanya, antara inisiatif utama yang sedang diberi perhatian ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dirangka hasil kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura.

Jelasnya, projek berkenaan berpotensi menarik pelaburan baharu serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada anak muda Johor.

“Johor-Singapore Economic Zone itu kita runding. Saya runding dengan Lee Hsien Loong (mantan Perdana Menteri Singapura) kemudian dengan Lawrence Wong (Perdana Menteri Singapura), setuju dan jalan.

“Tengok pelabuhan Tanjung Pelepas, kita besarkan. Forest City pun kita teruskan sebab boleh bantu angkat ekonomi Johor,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura menerusi pelbagai projek pembangunan diyakini mampu memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab pelaburan dan perdagangan utama negara.

Beliau turut menegaskan, pembangunan besar yang dilaksanakan di Johor tidak seharusnya hanya memberi manfaat kepada pelabur atau golongan tertentu, sebaliknya perlu dirasai rakyat di peringkat akar umbi menerusi peluang pekerjaan, kemudahan awam dan peningkatan taraf hidup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN