fbpx
Cik B beberapa kali mengalami gangguan mistik sepanjang bertanding di pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Cik B berjuang lawan ‘benda’, tak tahu datang dari mana – Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Usahawan sensasi Datuk Seri Vida mendedahkan anaknya, Cik B beberapa kali mengalami gangguan mistik sepanjang bertanding di pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman berkata, gangguan tersebut menganggu kesihatan Cik B sekali gus menyukarkannya untuk memberi persembahan terbaik.

“Sebenarnya banyak ujian yang Cik B lalui sejak beberapa minggu lalu, dia berjuang melawan dengan ‘benda’ yang tidak tahu datang dari mana.

“Saya terima kenyataan Cik B tidak dapat melakukan persembahan terbaik sebelum ini disebabkan dia mengalami ‘gangguan’ yang membuatkan suaranya hilang dan muntah.

“Namun, alhamdulillah dia berupaya melawan gangguan tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Disebabkan itu, dia juga mengelak daripada menggunakan bunyi atau elemen aneh dalam persembahan Cik B yang berkonsepkan dikir barat semalam kerana khuatir akan menyeru sebarang elemen mistik.

“‘Benda’ itu pernah berlaku sebelum ini dan kalau boleh saya nak elak Cik B pengsan atau terganggu di atas pentas.

“Saya tak mahu elemen sebegitu mencacatkan persembahan Cik B, jadi kita lakukan sekadar yang mampu sahaja,” jelasnya.

Semalam, Cik B diumumkan berjaya melangkah ke peringkat final TTMM2 yang akan berlangsung pada minggu depan bersama empat peserta lain iaitu Azeva (Datuk A. Aida), Hussain (Jamilul Hayat), Anggrek (Adira Suhaimi) dan Kim Khairi (Safura). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN