fbpx

Piala Malaysia: Selangor mahu cari bekalan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR perlu memanfaatkan aksi di laman sendiri bertemu NSFC dengan meraih kemenangan selesa sebelum turun pada aksi kedua nanti. – FB SELANGOR FC

PASUKAN Selangor FC lebih selesa dengan gelaran underdog menjelang aksi getir pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium MB Peta­ling Jaya malam ini.

Ketua jurulatih skuad Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe percaya pasukan pelawat wajar dilabel sebagai pilihan pada pertemuan kali ini, tetapi dalam masa yang sama mahu barisan pemain untuk memberikan laluan mudah.

“Kita tahu pasukan NSFC berada pada tahap yang baik selepas kejayaan menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA FC) pada peringkat sebelum ini. Malah, mereka cukup konsisten sepanjang tahun dan kami wajar dilabel sebagai bukan pilihan.

“Jika dianalisis, kekuatan pasukan lawan adalah menerusi serangan balas pantas dan set-piece yang perlu diberi perhatian. Selain itu, pemain import mereka juga berkualiti selain tonggak tempatan seperti Ahmad Syihan (Hazmi) dan Ahmad Khuzaimee (Piee).

“Namun, saya sudah tekankan kepada pemain untuk memberikan tumpuan penuh dalam usaha melakar keputusan positif sekali gus meraih bekalan selesa untuk dibawa ke pusingan kedua nanti,” katanya.

Sementara itu, tonggak import Selangor, Yazan Al-Arab berharap rakan sepasukannya dapat mempamerkan aksi agresif dan memanfaatkan setiap peluang dalam memastikan kemenangan dapat dilakar di laman sendiri nanti.

“Pasukan memiliki kemam­puan mencipta banyak peluang tetapi kelemahannya menyudahkannya untuk menjadikannya jaringan.

“Saya harap pada perlawanan menentang NSFC nanti kami dapat menjaringkan gol untuk memperoleh kemenangan supaya harapan untuk mara ke peringkat separuh akhir boleh direalisasikan,” kata pemain antarabangsa Jordan itu.

Selangor kini dalam misi memburu Piala Malaysia buat kali ke-34 dalam sejarah selepas kali terakhir mendakap trofi berprestij itu pada edisi 2015 dengan menewaskan Kedah 2-0 di pentas final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI