fbpx

PRU15: BN Terengganu mampu tawan tiga kerusi Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon BN bersumpah akan menjalankan khidmat dan tugas dengan penuh amanah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL) malam tadi.

HULU TERENGGANU – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu menjangkakan Barisan Nasional (BN) mampu menang mudah sekurang-kurangnya di tiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Yang Dipertua Mubarak Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, berdasarkan pengumuman calon malam tadi, BN bukan sahaja mampu mengekalkan Parlimen Besut malah menawan semula Hulu Terengganu dan Kemaman.

Beliau berkata, Datuk Seri Ahmad Said (Kemaman), Datuk Rozi Mamat (Hulu Terengganu) dan Datuk Nawi Mohamad (Besut) merupakan calon boleh menang di kawasan masing-masing.

“Tiga calon yang ditampil BN di semua kerusi itu figura penting yang dikenali akar umbi dan semua rakyat Terengganu.

“Rekod perkhidmatan mereka sebagai wakil rakyat telah terserlah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ahmad Sidi berkata, pengaruh memiliki Ahmad, Rozi dan Nawi bukan sahaja mampu menguatkan sokongan ahli tegar malah memenangi hati pengundi baru dan atas pagar.

BN Terengganu turut menampilkan Datuk Abdul Rahman Mat Yasin di Parlimen Setiu, Jamsira Othman (Marang), Nurhisam Johari (Dungun) dan Datuk Mohd. Zubir Embong (Kuala Terengganu).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), BN Terengganu hanya mampu mempertahankan dua kerusi Parlimen iaitu Besut dan Hulu Terengganu serta tewas di enam kerusi lain.

Begitupun, Parlimen Hulu Terengganu kemudiannya berpindah ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila penyandangnya, Datuk Rosol Wahid mengisytiharkan diri keluar UMNO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI