fbpx

Penunggang terbabas ekoran jalan licin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah motosikal terbabas.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal terjatuh di satu selekoh dan melibatkan sebuah kereta di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Taman Connaught) menghala ke Taman Cuepacs, pada pagi ini.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh Terrence Wang di sebuah akaun kumpulan FaceBook, DashCam Owners Malaysia, menunjukkan seorang individu terjatuh ketika melalui satu selekoh.

Penunggang motosikal dilihat menunggang di lorong kanan dan cuba untuk memotong sebuah motosikal sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta.

Video yang berdurasi selama 26 saat tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengecam akan penunggang motosikal terbabit yang menunggang dengan laju walaupun selepas hujan.

“Main lagi tengah jalan, motosikal seharusnya menggunakan lorong tepi. Nasib baik tidak kena dengan treler,” komen seorang netizen di ruangan komen.

“Jalan basah tapi bawa laju. Kereta depan tengah sibuk dan bila terkejut, automatik tekan brek. Itu jadinya,” tulis netizen.

Dalam pada itu, netizen turut mengingatkan supaya menunggang dengan berhati -hati terutamanya selepas hujan berikutan jalan licin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI