fbpx

Lelaki sorok 1,100 lebah dalam baju, seludup ke Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak-kotak mengandungi 1,100 lebah dilekatkan mengelilingi badan suspek dalam percubaan menyeludup serangga itu masuk ke Turkiye. - Daily Sabah

ANKARA – Seorang lelaki warganegara Georgia ditahan selepas didapati melekat 110 kotak mengandungi 1,100 lebah di sekeliling badannya dalam cubaan menyeludup serangga itu ke Turkiye, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lelaki itu yang dirujuk oleh Kementerian Perdagangan Turkiye sebagai TB telah ditahan pada 22 Oktober lalu di sempadan Turkiye-Georgia, Sarp.

Media tempatan, Daily Sabah melaporkan bahawa suspek menyebabkan penggera berbunyi ketika melalui pemeriksaan keselamatan.

Meskipun mempunyai kertas kerja yang diperlukan untuk menyeberangi sempadan, pihak berkuasa kastam telah dimaklumkan mengenai pergerakannya yang mencurigakan.

Suspek diarah menyelak baju sejuk yang dipakainya yang kemudian mendedahkan 110 kotak serangga dilekat pada sekeliling badannya. Setiap petak kotak mengandungi seekor ratu lebah dan sembilan lebah lain. 

Butiran lanjut dikeluarkan Pejabat Hopa Ketua Pendakwa Raya Turkiye menyifatkan suspek merupakan warganegara Georgia yang berusia sekitar 45 hingga 55 tahun.

Buat masa ini tiada laporan lanjut mengenai penahanan atau identitinya.

“Semasa prosedur rampasan itu, jabatan berkaitan tiba dan mengambil alih proses pemindahan lebah-lebah tersebut,” kata  jurucakap Pendakwa Raya Hopa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI