fbpx
Mohamad Ismailq (dua dari kanan) dan Noor Effendy (dua dari kiri) didakwa menyeludup migran warga Myanmar di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

Dua lelaki termasuk Rohingya didakwa seludup migran Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Dua lelaki termasuk seorang etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup seorang migran warga Myanmar pada tiga bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh itu Mohamad Ismailq Mohamad Siddik, 32, dan warga tempatan, Noor Effendy Yusoh@Zakaria, 41, masing-masing mengangguk faham
sewaktu pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Bagaimana pun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa telah menyeludup seorang migran iaitu lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 20-an.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di Kilometer 255.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Perasing di sini menghala ke Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi 24 April lalu.

Mohamad Ismail dan Noor Effendy didakwa mengikut Seskyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Wan Suhaila tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Raya Ahmad Hafizudin Manjur Ahmad dan Noradila Abdul Latif manakala kedua-dua tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN