fbpx

Penduduk Wuhan kena ‘lockdown’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas kesihatan mengambil sampel calitan daripada seorang penduduk untuk menguji Covid-19 di Wuhan pada 16 Mei lalu. - Getty Images

BEIJING – Bandar Wuhan yang menjadi lokasi asal virus Co­vid­-19, dikenakan perintah berkurung buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun sejak pandemik bermula selepas jangkitan korona­virus dikesan, lapor portal berita MailOnline kel­marin.

Lebih 800,000 penduduk Wuhan diarah untuk kekal di rumah sehingga akhir minggu ini. 

Pihak berkuasa China melaksanakan semula sekatan paling ketat dan ekstrem walaupun Wuhan hanya merekodkan sekitar 25 kes Covid-19 sehari.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 200 juta orang di 28 bandar di seluruh China ber­depan perintah berkurung, ujian calitan Covid-19 besar-besaran dan penutupan sektor ekonomi.

Kelmarin China mencatatkan 1,000 kes Covid-19 untuk hari ketiga berturut-turut, angka yang dianggap kecil berbanding stan­dard negara lain.

Pendekatan ‘sifar Covid’ Beijing sejak pandemik bermula menyaksikan China dibelenggu sekatan agresif selama hampir tiga tahun yang menyaksikan orang ramai menjalani kuarantin  selama berbulan-bulan.

Negara-negara lain yang pada mulanya mengikuti langkah ketat  China, kini melonggarkan atau memansuhkan sekatan satu demi  satu dan belajar untuk  hidup bersama Covid-19. Penyakit itu  juga menyebabkan kesan jangkitan lebih ringan berban­ding semasa awal pan­demik.

Statistik daripada platform penyelidikan yang disokong Universiti Oxford,  Our World in Data menunjukkan China mencatatkan 1,412 jangkitan pada 26 Oktober lalu, meningkat 51 peratus dalam seminggu.

Bagaimanapun, angka itu masih  kecil jika dibandingkan dengan 1.4 bilion penduduk China.

Angka itu bersamaan cuma  0.76 kes bagi setiap sejuta penduduk.

“Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan. Jika kami masih boleh bertahan hidup seperti ini, maka saya rasa itulah yang akan kami lakukan.

“Apabila kami melihat berita tentang Covid-19, ia seperti tidak memberi apa-apa kesan ke­rana kami sudah penat hidup di bawah perintah berkurung yang tiada berkesudahan,” kata seorang penduduk Wuhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI