fbpx

Kota Tangerang Selatan umum larangan beg plastik awal 2023, sisa plastik cecah 900 tan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKELILING beg plastik berbayar tidak lagi sah setelah peraturan baharu dikuatkuasakan. - Liputan6

JAKARTA – Pemerintah Kota Tangerang Selatan di Indonesia akan melaksanakan larangan penggunaan beg plastik berkuat kuasa awal tahun 2023, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Ketua Perkhidmatan Alam Sekitar (DLH) Kota Tangerang Selatan, Wahyunoto Lukman berkata, peraturan itu terpakai untuk semua aktiviti awam.

Penggunaan beg plastik akan dilarang untuk semua aktiviti perniagaan, sektor kerajaan dan aktiviti lain di Tangerang Selatan.

Peraturan itu digubal dalam Peraturan Walikota Tangerang Selatan (Perwal), nombor 83 tahun 2022 tentang pengurangan sampah plastik.

“Kita sudah keluarkan peraturan tentang pengurangan sampah plastik,” kata Wahyu.

Beliau berharap agar peraturan itu mampu menjadi penyelesaian kepada Kota Tangerang Selatan dalam mengawal sisa plastik.

“Ketika ini, jumlah sisa buangan yang dijana daripada isi rumah, kedai, pasar mini, hotel, restoran dan sebagainya di Tangerang Selatan mencecah 900 tan setiap hari. Pemerintah Tangerang Selatan turut mengalami kesukaran berhubung tapak pelupusan sampah,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa pekeliling berhubung beg plastik berbayar tidak lagi sah dengan pelaksanaan peraturan baharu itu.

“Kita perlu cuba inisiatif peralihan ini. Maklumkan kepada orang ramai bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas sekiranya melanggar peraturan ini apabila ia sudah dilaksanakan,” jelasnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI