fbpx

PRU15: Malaysia mengundi 19 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Teka-teki rakyat berhubung tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akhirnya terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian.

Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang akhbar sebentar tadi selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada pukul 10 pagi bagi menentukan tarikh penting PRU15.

Abdul Ghani berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November.

Katanya, tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.

SPR membuat pengumuman penting itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU15.

PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN.

Negeri yang melaksanakan PRN sebelum ini antaranya Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Terdahulu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pada masa sama, Pas juga kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan Terengganu, Kelantan, dan Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI