fbpx

Peniaga didakwa bunuh Datin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Faizul Mohamad Ali Kamil (baju biru) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas bergelar Datin. FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang Datin berusia 70-an di sebuah rumah di Taman Paroi Jaya di sini pada 23 September lalu.

Tertuduh Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Faizul didakwa telah menyebabkan kematian seorang warga emas, Noraida Nordin, 75.

Kesalahan itu dilakukan di dapur sebuah rumah  di Jalan Kedidi, Taman Paroi Jaya di sini antara pukul 4.52 petang hingga 8 malam, 23 September 2022.

Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati atau dengan penjara selama 30 tahun, dan jika dikenakan hukuman mati boleh disebat.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T berwarna biru tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam, Sritharai C N  dan P.Praveen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI