fbpx

Dua lelaki tunggang EX5 dicekup buat aksi ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang lelaki yang ditahan selepas membuat aksi ‘wheelie’ di Jalan Merkang dekat Pasir Puteh kelmarin. -Foto IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Dua lelaki dicekup selepas membuat aksi mengangkat tayar depan atau ‘wheelie’ dengan masing-masing menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara melulu dalam dua pemeriksaan polis di Wakaf Che Yeh di sini dan Pasir Puteh kelmarin.

Kedua-dua lelaki yang berusia 15 dan 21 tahun itu ditahan secara berasingan semasa polis menjalankan operasi menerusi Ops Samseng Jalanan di dua daerah berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, remaja berusia 15 tahun yang menunggang motosikal ditahan kira-kira pukul 2 pagi semasa anggota polis menjalankan operasi di sekitar Wakaf Che Yeh.

Menurut, anggota polis bertugas melihat sekumpulan lelaki menunggang motosikal datang dari arah lampu isyarat dekat Batu 4 dan membuat pusingan U menghala ke Wakaf Che Yeh sebelum bersaing sesama mereka.

“Beberapa individu termasuk remaja itu melakukan aksi ‘wheelie’. Polis hanya sempat menahan suspek manakala rakan-rakannya sempat melarikan diri.

“Remaja terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Muhamad Zaki, dalam operasi sama yang dijalankan Jalan Merkang, Pasir Puteh, kira-kira pukul 6.15 petang kelmarin, lelaki berusia 21 tahun turut ditahan selepas membuat aksi berbahaya itu.

Katanya, kedua-dua buah motosikal dinaiki dua lelaki itu telah disita untuk tindakan lanjut.

“Polis tidak akan berdiam diri dan sentiasa melakukan risikan terhadap kegiatan menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI