fbpx

Shahmalarani ‘tawan’ Terbuka Finland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHMALARANI mahu fokus untuk mengulangi kejayaan meraih pingat dan kali ini pada Terbuka Turki di Istanbul yang akan bermula Khamis ini.

ATLET karate negara, C. Shahmalarani berjaya ‘menggegarkan’ bumi Finland dengan kejayaannya meraih pingat emas Terbuka Finland di Tampere kelmarin.

Menariknya, Shahmalarani, 24, menempa kejayaan itu selepas menewaskan atlet tuan ­rumah yang juga ranking ke-11 dunia, Titta Keinanen pada aksi final kategori kumite terbuka individu wanita.

“Sebenarnya ketika berlawan, saya langsung tak tahu dia adalah ranking No.11 dunia dari Finland dalam kategori lebih 68 kilogram (kg). Saya ingat dia atlet biasa sahaja.

“Pertarungan kami jadi se­ngit dan impak daripada dia agak kuat sehinggakan saya luka di bahagian muka. Namun, saya dapat mendahuluinya daripada awal dan akhirnya menang.

“Selepas saya ambil pingat barulah saya tahu dia sebenarnya antara ranking tinggi di dunia. Saya rasa bangga dengan pe­ningkatan dan kemajuan prestasi sekarang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kejohanan sama itu turut menyaksikan penuntut Sarjana Sains Aktuari di Universiti Sunway berkenaan meraih perak selepas tewas kepada Kiia Koponen dari Finland pada final kumite bawah 61kg individu wanita.

Kini, Shahmalarani menumpukan fokus untuk mengulangi kejayaan meraih pingat pada Terbuka Turki di Istanbul bermula Khamis ini meskipun sedar sai­ngan di sana lebih mencabar berbanding Finland.

Ia adalah persediaan terbaik buat juara Sukan Universiti ASEAN 2022 itu yang akan membuat debut Series A di Indonesia dari 16 hingga 20 November ini dan Kejohanan Karate Asia di Uzbekistan sebulan kemudian.

“Saya sekarang tiada ran­king lagi kerana belum sertai mana-mana Series A dan Premier League. Saya No.281 dunia kalau ranking bawah 55kg tetapi kali terakhir saya lawan dalam kategori ini pada 2019,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI