fbpx

Model rumah terapung tenggelam ketika pelancaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH itu dirakam tumbang di hadapan penonton - Twitter

BANDAR RAYA PANAMA – Sebuah model rumah terapung yang dilancarkan di Panama akhir bulan lalu gagal memenuhi konsepnya apabila ia tenggelam di hadapan penonton ketika majlis perasmian, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut syarikat teknologi inovasi laut, Ocean Builders, SeaPod dibina bertujuan bagi memenuhi sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan 72 peratus permukaan Bumi yang diliputi air sebagai ‘syurga’ kelestarian ekosistem.

Bagaimanapun, ketika pelancaran rumah futuristik yang bernilai £1.3 juta (RM6.7 juta) itu, ia tumbang sebelum tenggelam di hadapan penonton termasuk Presiden Panama, Laurentino Cortizo.

Ocean Builders berkata, struktur yang tinggi itu dilengkapi batang keluli besi berisi udara bersaiz 47.8 meter padu yang menghasilkan daya apungan yang sangat tinggi. 

Ia bahkan mampu menampung keseluruhan struktur SeaPod setinggi 3 meter di atas air. 

Malangnya, kegagalan fungsi pam lambung menyebabkan prototaip SeaPod tidak seimbang dan tumbang.

“Seperti semua inovasi dan teknologi baharu, terdapat fasa percubaan dan kesilapan. Ini memberi peluang kepada kita untuk belajar, menambah baik dan terus berinovasi untuk teknologi lautan,” kata jurucakap SeaPod dalam satu kenyataan.

Ocean Builders bagaimanapun mengesahkan bahawa tiada individu cedera dalam insiden tersebut yang dianggap sebagai ‘kemalangan yang kelakar’.

“Kira-kira pukul 4.35 petang (waktu tempatan) pada Khamis, 22 September, SeaPod mengalami masalah dalam sistem pengepaman, menyebabkan air melimpah di bilik jakuzi.

“Air melimpah dengan amat pantas dan mengalir ke bahagian lain sehingga menyebabkan apa yang kami gelar sebagai ‘senget’ (keadaan struktur SeaPod),” kata Ocean Builders. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI