fbpx
Giménez Alcañiz dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan Negeri Sembilan FC bagi menghadapi musim 2026/27.

Bekas jurulatih julang AFC Cup 2019 terajui NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jurulatih dari Sepanyol, Daniel Giménez Alcañiz dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi menghadapi musim 2026/27.

Pelantikan berkenaan bagi menggantikan kekosongan jawatan selepas perletakan jawatan oleh Nidzam Jamil, Februari lalu.

Pengerusi NSFC, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, pelantikan itu setelah melalui proses penilaian teliti dan Daniel merupakan calon yang paling sesuai untuk menerajui projek bola sepak yang sedang dibangunkan pasukan.

“Apa yang menarik perhatian kami bukan sahaja pengalaman beliau di pelbagai negara dan
pertandingan antarabangsa, tetapi juga falsafah bola sepak yang seiring dengan identiti Negeri
Sembilan FC.

“Kami mahu membina sebuah pasukan yang berani bermain bola sepak moden, mempunyai organisasi taktikal yang baik dan pada masa yang sama memberi ruang serta peluang kepada pemain muda untuk berkembang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ujar Aminuddin lagi, Daniel mempunyai rekod yang baik dalam membangunkan bakat muda dan memaksimumkan potensi pemain.

“Ini amat penting kerana kami percaya masa depan Negeri Sembilan FC bergantung kepada keupayaan kelab membangunkan generasi pemain yang mampu menjadi tulang belakang pasukan dalam jangka masa panjang.

“Kami yakin pengalaman, kepakaran dan kepimpinan beliau mampu membantu Negeri
Sembilan FC mencapai sasaran yang telah ditetapkan serta membawa kelab ini ke tahap yang membanggakan,” katanya.

Daniel dijangka memulakan tugasnya dalam masa terdekat bersama barisan kejurulatihan yang
akan diumumkan oleh pihak kelab.

Untuk rekod, Daniel yang merupakan pemegang Lesen UEFA Pro itu membawa bersama lebih sedekad pengalaman dalam bola sepak profesional merentasi Eropah, Asia dan Afrika.

Sepanjang karier kejurulatihannya, Daniel pernah berkhidmat bersama Al Ahed FC (Lubnan), Al Nejmeh SC (Lubnan), Al Hilal (Sudan),
Modern Sport FC (Mesir), Akhaa Al Ahly FC (Lubnan), skuad Bawah 17 Tahun Kebangsaan
Lubnan serta Al-Nasr Club di Liga Profesional Oman.

Antara pencapaian terbesar beliau termasuk memenangi AFC Cup 2019 bersama Al Ahed FC,
menjuarai Liga Perdana Sudan bersama Al Hilal.

Terkini, beliau menamatkan saingan Liga Profesional Oman bersama Al Nasr di tempat ke-3
dan melayakkan kelab tersebut ke saingan Arab Club Champions Cup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN