fbpx

4 pemikat burung cemas tersesat dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada empat pemikat burung yang berjaya mencari jalan keluar berpandukan bunyi siren jentera bomba di kawasan hutan berhampiran Tasik Kenyir, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Gara-gara terlalu ghairah memikat burung, empat lelaki tersesat hampir tiga jam di dalam kawasan hutan berhampiran Tasik Kenyir di sini malam tadi.

Kesemua lelaki berusia 24 hingga 39 tahun itu bernasib baik berjaya keluar dari kawasan hutan berkenaan berpandukan bunyi siren jentera bomba yang bergegas melakukan operasi penyelamatan pada pukul 7.15 malam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd. Salleh Abdullah berkata, kesemua mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan memasuki kawasan hutan berkenaan untuk memikat burung pada pukul 11 pagi.

Beliau berkata, lima jam selepas selesai memikat burung, mereka yang pertama kali memasuki hutan berkenaan berhasrat pulang tetapi malangnya gagal menemui jalan keluar.

“Empat lelaki itu yang panik kemudiannya menghubungi talian kecemasan pada pukul 5.07 petang setelah hampir sejam tersesat.

“Seramai tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian berpandukan peta lokasi yang dikongsi salah seorang mangsa menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Salleh berkata, kesemua mangsa memberi respon positif sewaktu pasukan bomba terbabit tiba di sebuah rumah kongsi pekerja balak yang merupakan lokasi mereka meletakkan kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI