BEIJING – Pengasas Tesla dan firma aeroangkasa SpaceX, Elon Musk menyatakan bahawa beliau ialah ‘bekas trilionair’ selepas rugi sekitar AS$130 bilion (RM531 bilion) dalam tempoh lima hari, beberapa minggu selepas beliau menjadi manusia pertama melepasi status bilionair, lapor akhbar South China Morning Post.
Berdasarkan Indeks Bilionair Bloomberg, Musk sebelum ini mencapai status trilionair hasil tawaran awam permulaan (IPO) permulaan SpaceX yang mencatatkan rekod AS$75 bilion (RM306 bilion), Jun lalu.
Namun, kejatuhan mendadak saham dua syarikat utamanya minggu lalu meragut status tersebut.
Saham Tesla merosot 18 peratus, kejatuhan mingguan terbesar sejak 2022 dan ditutup pada harga AS$313.03 (RM1,200) sesaham, Jumaat lepas selepas laporan perolehan syarikat tidak mencapai jangkaan.
Perbelanjaan besar untuk projek masa depan termasuk robotaxi, robot humanoid, dan kemudahan pembuatan semikonduktor yang sedang dibina bersama anak syarikatnya, SpaceX dan xAI menyaksikan perbelanjaan melonjak dan menyebabkan aliran tunai ke tahap negatif buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, lapor syarikat itu.
Setakat tahun ini, saham Tesla merosot kira-kira 30 peratus, menjadikannya syarikat berprestasi terburuk dalam kalangan gergasi teknologi utama.
Manakala, SpaceX ditutup pada AS$115.07 (RM469) sesaham Jumaat lalu, tahap terendah sejak IPO syarikat berkenaan dikeluarkan.
Pada masa sama, kekayaan beberapa eksekutif di ChangXin Memory Technologies (CXMT) iaitu pembuat cip memori terkemuka di China, melonjak apabila sahamnya melambung 466 peratus pada hari pertama dagangan di Shanghai semalam, menyaksikan nilai syarikat melonjak kepada AS$484.5 bilion (RM2.05 trilion). – AGENSI














